Wednesday, May 20, 2009

PETUA

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak
”Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”
Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi
Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU BUAT RAKAN SEPERJUANGAN


SAJAK GURU

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.









Thursday, May 14, 2009

KELUARGA PAGOH


semua ahli keluarga


keluarga mak andak

keluarga pak uda


adik-beradik dan ipar-ipar

Saturday, May 9, 2009

hanya tinggal kenangan buat ibu & ibu mertuaku


Kasih Ibu

Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku
Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali
Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapidugaan-Mu
Rahmatilah…Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadapAllah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia
Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci
Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu

Buat ibuku : Sabariah
Buat ibu mertuaku : Halimah

Friday, May 8, 2009

MAK LONG PERGI UMRAH




YUSUFF DENGAN PAK IM
BARU POTONG RAMBUT MCM BARU BALIK UMRAH PULAK YE





BERTuah badan ai tiap kali mak dia nak gi umrah pasti dia kena bawak. Ni kali ketiga rasanya dia bawa Mak Long pergi umrah.Celah-celah tu Pak Mertua dia pulak bawak dia orang sekeluarga pergi umrah.Dia pulak muda-muda dah dipanggil sebagai tetamu Allah untuk buat haji.Alhamdullillah Mak Utih tumpang gembira,sekurang-kurangnya tiap kali dia orang gi Mak Utih akan hantar mereka ke KLIA. Mudah-mudahan kalu dah bersara nanti Mak Utih pulak selalu-selalu gi umrah.Tahun ini Kami doakan Pak Itam Mak Itam ,Mak Andak dan Pak Andak pulak dapat gi Haji.Mamat dah dapat surat 'stand by 'entah-entah tahun ni dia dapat pergi.Kalau tahun ini tak dapat janganlah kecewa tu semua Allah yang tentukan.Sabar je lah .

Tuesday, May 5, 2009

JAGA KESIHATAN

Fakta ini sgt bagus. Bkan semata2 berkenaan air suam, ttp berkenaan Serangan Jantung … Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas utk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mgkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan . Kepada sesiapa yg gemar minum air sejuk, fakta ini sgt bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yg nikmat utk minum segelas air sejuk selepas mkan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yg kita mkan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dgn asid di dlm perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dgn enzim intestine. Dlm masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kpd kanser. Adalah penting utk minum sup panas atau air suam selepas mkan.


Petanda Lazim Serangan Jantung


Amaran berkenaan serangan jantung - Anda seharusnya mengambil tahu yg petanda serangan jantung bkan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yg menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda blum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah2 dan berpeluh berlebihan juga antara tanda2 lazim. 60% pesakit yg terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga2lah sentiasa.. Lebih byk yg anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang utk anda terselamat.
Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kpda 10 org lain yg dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, ttpi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.