Thursday, October 15, 2009

Kenduri di Kg Raja, Pagoh pada 04.10.09


Masa merewang. Kelihatan semua keletihan.


Mak Nisa, Ibrahim dan Balqis sedang membela belon2.


Ada cabutan bertuah dan hamper tu utk pertandingan teka teki.


konti meja DJ.


Mak Itam, Mak Uteh, Pak Uteh, Pak Itam. Letih bergotong royong.


Pak Itam dan Mak Itam sedondon sbg penyambut tetamu.


Mak Uteh dan Pak Uteh juga sedondon sbg penyambut tetamu


Adik pengantin lelaki. Lps ni dia pula. Hehe. Cuba tgk khemah kenduri. Kena turun bukit dulu. Ada sungai di hujung khemah. Mmg suasana yg mesra alam!

Bahagian catering.


Pengantin sampai. Tampak berseri berbaju ungu.


Ada persembahan tarian zapin.


Ni Emir! Hehe.


Upacara memotong kek.

Cenderahati utk semua mak saudara dan pak saudara


Terima kasih keluarga pengantin.

Kenduri di Kg Kelantan, Muar 03.10.09

Pada tanggal 03.10.09, usai solat zohor di surau Kampung Kelantan, Muar Johor, pengantin lelaki menyarung pakaian pengantin dan rombongan pengantin lelaki berarak menuju ke rumah pengantin perempuan (gambar pertama). Walaupun keaadaan hujan renyai-renyai, ini tidak membantutkan perjalanan majlis kami. Alhamdulillah. Pengantin lelaki dan perempuan tampak berseri di atas pelamin berwarna kuning keemasan (gambar ke-2). Disertakan paluan kompang yang memang memekakkan telinga (sehingga Pak Itam dan Mak Itam membuat aksi yg sama : lihat gambar ke-3). Seterusnya bacaan doa dibacakan oleh Pak Nan - bapa saudara abg Aasri- dan kami pun mula menjamu hidangan yang disediakan. Selepas itu, acara potong kek dijalankan dan ahli keluarga yg berada di khemah pengantin dapat merasa kek yang dipotong. Sebelum bergerak pulang, Mak Uteh dan Pak Uteh, Pak Itam dan Mak Itam, Mak Andak dan Pak Andak, Mak Long dan Mak Ngah serta Abg Ai sekeluarga bergambar bersama pengantin. Kami bergerak pulang beramai-ramai meninggalkan pengantin lelaki di sana. Dalam perjalanan pulang, satu kejadian lucu telah berlaku. (sila tengok gambar terakhir). Sekian. Cerita oleh, Kak Ija. =)










Pernikahan Aasri dan Siti 02.10.09

Salam, ini ada gambar2 masa majlis pernikahan. Buat tatapan Amin di Mesir, Ita di Penang, Kak Long di Australia, dan semua ahli keluarga samada yg pergi ke majlis ataupun tidak. Selamat bergembira!

Majis Pernikahan 02.10.09

Muhammad Aasri bin Sabtu & Siti Shamsiah Raihan bt Hassan


Saat akad nikah di rumah pengantin perempuan.


Hantaran dr lelaki utk perempuan


Hantaran dr perempuan utk lelaki.


Mak saudara, anak sandara, cucu saudara. Ada 3 generasi.

Lepas akad nikah, bergambar bersama. Tapi, tak cukup ahli.