Thursday, March 19, 2009

RESIPI

Resipi Hari Ini - Mee Rebus Asli

Bahan-bahan A:
Keledek putih 1-2 kilo direbus dan dikisar halus
Udang kering 300 grm
Bawang merah 4 ulas
Bawang putih 3 ulas
4 sudu besar serbuk Ketumbar
2 sudu besar serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cili blender agak2 dalam 2 senduk
Kulit kayu manis/bunga lawang/cengkih
Gula/garam secukup rasa
Air agak2..kuahnya kena sedang2 pekatnya.

Bahan-bahan B:
Mee kuning dicelur-jgn sampai lembik
Cili hijau dihiris bulat2
Daun bawang & daun sup dihiris utk ditabur
Taugeh dicelur- jgn sampai layu
Bawang goreng - buat sendiri lagi sodap..
Tauhu digoreng dan dihiris nipis
Telur Rebus

Cara-cara memasak kuah:
1. Kisar halus keledek + air.
2. Kisar halus udang kering + B. Merah + B. putih.
3. Tumis kulit kayu manis/cengkih/ b.lawang, masukkan udang kering yg dikisar + bawang tadi sampai garing.
4. Masukkan semua serbuk jintan, kunyit & ketumbar sampai garing & wangi.
5. Masukkan cili blender, sampai garing.
6. Masukkan keledek tadi, kacau sampai sebati.
7. Masukkan air.
8. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa .

Cara menghidang:
Ambil mee yg dicelur tadi, masukkan kuah, taburkan daun bawang, cili hijau, bawang goreng, taugeh, tauhu & telur



DIAMBIL DARI BLOG CINA ISLAM

Wednesday, March 18, 2009

Syukur Alhamdullillah



tu....... akak n ijah akak ni nakal 2 juga tapi bab adik dia jaga
betul.......he he ni masa ija baru tau duduk






Setelah ija selesai bentangkan tesisnya bermakna ija dah berjayalah tamatkan pengajian peringkat ijazahnya di Univ Muhammad Al Khamis di Rabat Morocco. Seterusnya ija akan pulang ke tanah air tercinta dan meneruskan perjuangan di sini pula. Ija ibu n ayah bersyukur dengan penuh dugaan dan kepayahan ija dapat bertahan dan berjaya. Kita hanya merancang tetapi Allah lagi maha perancang. Di saat akhir ija kat rabat kena plak musibah ragut . kl kita fikir itu adalah musibah tapi percaya lah setiap yang berlaku ada hikmahnya.Ahli keluarga sangat bersyukur ija selamat . Didoakan ija selamat pulang ..... aminnnnnnn

Saturday, March 14, 2009

Bangunan kat Moroccco

Ni pasaraya kat Rabat Morocco namanya Aswak Assalam




Menara masjid Hassan Thani



Thursday, March 12, 2009

Gadis dan sayur



Makanlah banyak sayur agar kita sentiasa sihat.

Lobak Merah

Lobak merah bukan sahaja mampu mengurangkan kedut pada wajah,malahan amat
bagus untuk kesihatan mata anda. Ini kerana lobak merah kaya dengan vitamin A.
Vitamin ini sangat diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai fungsi.

sumber majalah rasa

Penyakit umat akhir zaman


  • Terlalu banyak seronok
  • Terlalu bermewah
  • Menghimpun harta sebanyak mungkin
  • Tipu menipu untuk cari harta
  • Saling marah memarahi
  • Hasad menghasad

Friday, March 6, 2009

Meja ping pong baru


Dulu dulu ada lah main ping pong.... lama juga tak main..... sekarang mulakan semula.Rupa-rupanya main ping pong sekejap je dah berpeluh-peluh bagus juga.Ni meja ping pong baru.... beli pada 5 mac 2009.Tujuan beli ni nak buat terapi sebab ada urat-urat pak Haji Rashid ni macam terselit kat tulang mudah-mudahan terkeluar sikit urat kot. Hee hee cuba-cuba je sebab ubat dah makan terapi dah buat doa pun sudah, cuba-cuba yang ini pulak.Cuba juga main tenis tapi hari-hari hujan jadi tergendala pulak. Kalau siapa datang rumah kita main ping pong dulu lepas tu baru lah minum.. namanya ziarah kesihatan kot .jemput lah datang...kita main oping pong..