Dah dua bulan aku pindah kat taman dahlia ni. Macam-macam hal berlaku....paling tak boleh lupa bila kereta yang dinaiki keempat2 anak aku terlibat kemalangan.Syukur kereta je yang teruk anak2 selamat cuma Fatimah je yang patah gigi.....belum berapa sesuai lagi dengan BBST Nisa n Ija kena demam denggi....2x jugak lah aku gi bhg kecemasan hospital serdang....dia kena masuk air...rupa2nya dia orang ni takut jarum...he he..kl tengok nisa lagi geli hati macam budak sek rendah je panggil ibu...ibu menyorok kat balik langsir...
Demam denggi tak ada ubat...minum je airkosong banyak2. hundred plus ..and sup ketam...kesian dia org tak lalu makan.Sekarang dah ok.doa2 lepas ni tak ada lah apa2 hal lagi.Itu lah ujian yang Allah bagi...
Duduk Taman Dahlia..ni ok juga...paling best tiap2 malam ada je program kat masjid ke ..surau ke .
RUMAH TAMAN DAHLIA..
Saturday, January 23, 2010
TAMAN DAHLIA BANDAR BARU SALAK TINGGI
Posted by teacher at 10:48 PM 0 comments
Friday, January 8, 2010
TAHUN 2010
HARI PERTAMA PEGAWAI DARI PPD DTG MELAWAT.......
HARI KHAMIS PENGARAH PELAJARAN NEGERI JUGA DTG......satu sekolah beliau meronda....dia paling tak suka cikgu duduk masa dalam kelas.... hai aku yang dah umur 51 ni kl dari pagi berdiri panas gek kepala lutut...he he he.... kan kita semua cikgu yg kreatif jadi pandai-pandai lah......bawak diri ,tak kan nak menulis pun nak menonggeng2.....
Posted by teacher at 11:48 PM 0 comments
Monday, December 28, 2009
Kronologi Pergi-Balik Haji 1430H
Buat moyang saudara, tok-tok saudara bapa-bapa saudara, mak saudara, anak-anak saudara, sepupu-sepapat dan pengunjung blog ini. Di bawah ini menceritakan kronologi pergi-balik Haji 1430H Pak Itam (Abdullah) dan Mak Itam (Pauziah) baru-baru ini. Alhamdulillah mereka selamat menunaikan ibadah haji dengan lancar. Begitu juga syukur atas nikmat kesihatan yang diberikan untuk mereka. Mereka pulang pada 21 Disember 2009.
Posted by teacher at 2:18 AM 0 comments
Sunday, December 27, 2009
Kemalangan
Jam : Sekitar 05.15 ptg - 05.30 ptg
Tempat : Selekoh berhampiran Sek. Men. Teknik Sepang
Kereta yang terlibat : Myvi hijau dan Persona purple
Mangsa : (Myvi hijau- En. Bakar (56 tahun) -pemandu)
(Persona purple - Kakak (pemandu), Ija, Im, Mah)
Punca kemalangan : Hujan lebat menyebabkan pemandu Myvi terambil jalan bertentangan.
Alhamdulillah semua anak-anak aku dalam keadaan selamat.
*Sumber gambar : Yan Pak Andak.
Posted by teacher at 7:57 AM 0 comments
Tuesday, December 15, 2009
GELARAN HAJI @ HAJJAH
Walaupun harus mendapat atau menggunakan gelaran ‘Haji', amat perlu disedari pemergian menunaikan rukun Islam kelima itu bukanlah kerana gelaran dan tidak wajar menjadi marah jika tidak diberikan oleh manusia. Bukankah pandangan Allah yang menjadi sasaran ke sana.
Kemarahan seseorang akibat tidak digelar Haji sesudah pulangnya, boleh menjadi satu indikasi negatif kepada status Haji si polan sama ada ia tergolong di dalam Haji yang Mabrur atau tidak. Pastinya mereka yang mensasarkan haji mabrur tidak akan berasa apa-apa dengan gelaran tersebut, malah tidak ambil pusing dan endah diberikan kepadanya atau tidak. Maka itulah yang terbaik..moga kita semua memperolehi Haji Mabrur..Semua gelaran tidak memberi manfaat kepada alam akhirat kita, semua akan ditinggalkan di dunia yang fana ini, yang kekal dan mengikuti kita adalah kecantikan amal itu, bukan gelarannya.
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar walillahil Hamd
Posted by teacher at 8:35 PM 0 comments
Thursday, October 15, 2009
Kenduri di Kg Raja, Pagoh pada 04.10.09
Adik pengantin lelaki. Lps ni dia pula. Hehe. Cuba tgk khemah kenduri. Kena turun bukit dulu. Ada sungai di hujung khemah. Mmg suasana yg mesra alam!
Posted by teacher at 5:16 PM 0 comments



