Thursday, October 15, 2009

Kenduri di Kg Kelantan, Muar 03.10.09

Pada tanggal 03.10.09, usai solat zohor di surau Kampung Kelantan, Muar Johor, pengantin lelaki menyarung pakaian pengantin dan rombongan pengantin lelaki berarak menuju ke rumah pengantin perempuan (gambar pertama). Walaupun keaadaan hujan renyai-renyai, ini tidak membantutkan perjalanan majlis kami. Alhamdulillah. Pengantin lelaki dan perempuan tampak berseri di atas pelamin berwarna kuning keemasan (gambar ke-2). Disertakan paluan kompang yang memang memekakkan telinga (sehingga Pak Itam dan Mak Itam membuat aksi yg sama : lihat gambar ke-3). Seterusnya bacaan doa dibacakan oleh Pak Nan - bapa saudara abg Aasri- dan kami pun mula menjamu hidangan yang disediakan. Selepas itu, acara potong kek dijalankan dan ahli keluarga yg berada di khemah pengantin dapat merasa kek yang dipotong. Sebelum bergerak pulang, Mak Uteh dan Pak Uteh, Pak Itam dan Mak Itam, Mak Andak dan Pak Andak, Mak Long dan Mak Ngah serta Abg Ai sekeluarga bergambar bersama pengantin. Kami bergerak pulang beramai-ramai meninggalkan pengantin lelaki di sana. Dalam perjalanan pulang, satu kejadian lucu telah berlaku. (sila tengok gambar terakhir). Sekian. Cerita oleh, Kak Ija. =)










0 comments: