Wednesday, May 20, 2009

PETUA

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak
”Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”
Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi
Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU BUAT RAKAN SEPERJUANGAN


SAJAK GURU

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.









Thursday, May 14, 2009

KELUARGA PAGOH


semua ahli keluarga


keluarga mak andak

keluarga pak uda


adik-beradik dan ipar-ipar

Saturday, May 9, 2009

hanya tinggal kenangan buat ibu & ibu mertuaku


Kasih Ibu

Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku
Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali
Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapidugaan-Mu
Rahmatilah…Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadapAllah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia
Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci
Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu

Buat ibuku : Sabariah
Buat ibu mertuaku : Halimah

Friday, May 8, 2009

MAK LONG PERGI UMRAH




YUSUFF DENGAN PAK IM
BARU POTONG RAMBUT MCM BARU BALIK UMRAH PULAK YE





BERTuah badan ai tiap kali mak dia nak gi umrah pasti dia kena bawak. Ni kali ketiga rasanya dia bawa Mak Long pergi umrah.Celah-celah tu Pak Mertua dia pulak bawak dia orang sekeluarga pergi umrah.Dia pulak muda-muda dah dipanggil sebagai tetamu Allah untuk buat haji.Alhamdullillah Mak Utih tumpang gembira,sekurang-kurangnya tiap kali dia orang gi Mak Utih akan hantar mereka ke KLIA. Mudah-mudahan kalu dah bersara nanti Mak Utih pulak selalu-selalu gi umrah.Tahun ini Kami doakan Pak Itam Mak Itam ,Mak Andak dan Pak Andak pulak dapat gi Haji.Mamat dah dapat surat 'stand by 'entah-entah tahun ni dia dapat pergi.Kalau tahun ini tak dapat janganlah kecewa tu semua Allah yang tentukan.Sabar je lah .

Tuesday, May 5, 2009

JAGA KESIHATAN

Fakta ini sgt bagus. Bkan semata2 berkenaan air suam, ttp berkenaan Serangan Jantung … Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas utk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mgkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan . Kepada sesiapa yg gemar minum air sejuk, fakta ini sgt bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yg nikmat utk minum segelas air sejuk selepas mkan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yg kita mkan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dgn asid di dlm perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dgn enzim intestine. Dlm masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kpd kanser. Adalah penting utk minum sup panas atau air suam selepas mkan.


Petanda Lazim Serangan Jantung


Amaran berkenaan serangan jantung - Anda seharusnya mengambil tahu yg petanda serangan jantung bkan sahaja pedih pada sebelah kiri dada.. Awasi jika terasa sakit yg menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda blum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah2 dan berpeluh berlebihan juga antara tanda2 lazim. 60% pesakit yg terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga2lah sentiasa.. Lebih byk yg anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang utk anda terselamat.
Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kpda 10 org lain yg dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, ttpi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Thursday, April 23, 2009

SALAM

Lama tak dapat up date blog ni bukan apa buat2 sibuk agaknya....tapi sibuk juga le...kerja sekolah belum habis buat satu dah datang lagi 2 kerja tu kerja2 sampingan tak masuk kerja2 utama... biasa le tu.

Akojaya .....sempat juga gi dinner ...aku dapat kad jemputan..sebab ada le buat jualan barangan akojaya ni.Malam tu..dinner kat Sharaton Subang Jaya.awal ptg dah kena daftar..driver aku sape lagi Nisa le... le he he.. malam tu malam akojaya bagi anugerah kat stokis2 yg byk buat sale.aku tengok je le org dpt anugerah macam2.Sebenarnya baru hampir setahun aku jadi dealer ako ni. Customer aku kekawan ,anak2 buah n adik beradik je.tak kempen sgt tapi ada gek le jualan.

Sebab akojaya dia panggil penyanyi mula dgn huruf A...ameng n aisyah..bingit telinga dengo org menyanyi...aku keluar dewan gi tandas duk2 kat luar....bab tu malas le ckit...yang lagi nak semput bila ada pertunjukan org main api bukan bunga api...tu menari2 dengan batang kayu yg dinyalakan api sesekali terkejut gek bila ada aksi macam makan api....ada le tayangan2 pasal kilang2 akojaya...backdropnya semua jenis pinggan akojaya yang dalam katalog...he he pinggan naik kat dinding la..kali ni.

Makanan ala Melayu sebab aku tengok dealer2 n stokis2 99% Melayu tapi taukeh besarnya cina...agaknya melayu je beli barang ako ni...barang ni boleh beli cara ansur2 tapi aku tak kuasa buat begitu aku buat main kutu...atau cash.... harga aku bagi byk potongannya ambil le untung duit2 tambang je.aku saje seronok2 namanya mempelbagaikan warna2 hidup... he he he.

Aku memang sepanjang...aku jadi cikgu ni ada je benda yang boleh dijual.Bukan aku cari2 sangat tapi ada je orang yang bagi barang tuk di jual.Mula2 mengajar dulu aku tolong jual tok hussin punya buah langsat n manggis.aku jual kat cikgu2 ambil order dulu..pas tu tuk hussin tunggu kat simpang nak masuk kg.. cikgu2 berhenti le ambil aku kutip je duit kat sekolah... he he...aku tak leh nak bawak sebab aku hanya ada motor suzuki cup je.....pas tu...musim manggis aku tolong jualkan manggis plak...

Bila aku pindah Serdang aku sibuk bersalin...tak ada bisnes....tak lama pas tu anak2 dah besar ckit...ada2 je barang yang boleh aku jual.....kl pak utih g kerja kelantan dia beli h.bag siam baju kelawar ... aku jual habis...yang baki2 aku pakai sendiri ..konsep aku jual murah2 untung pakai je cukup....

nak raya aku g order kepek2 ada je or g nak paling laris masa tu kepek bawang...rupa2nya bila org dah order tak dapat jadi nak bergaduh dibuatnya... pas tu aku malas nak layan..kerenah org...next raya ada plak org suruh tolong jual bahan2 buat kuih raya...hoi byk aku jual...masa tu bahan kuih raya aku dapat percuma...selamat juga poket...he he..tu lah aku ni berniaga..untung makan je...

Dalam masa aku bisnes barang makan ada org suruh jual baju la pinggan la ..semua tu tak pakai modal aku tak de duit buat modal dt gaji kita org cukup makan pakai je..semua aku ambil komisyen je....kekadang kl pak utih gi kerja pangkor...dia bawak balik ikan bilis ke ikan kering ke...aku jual juga.semua yg aku jual habis....nampak macam aku tak kerja lain aku berniaga je...tapi kerja utma aku mengajar...aku memang jaga kerja ni...sebab tu pendapatan yg ..utama kena jaga halal haramnya....cara aku berniaga aku letak je barang bersama harganya...sapa beli edia bayar...ada gek yg lupa bayar tapi aku dah halalkan....semua yg membeli tu kawan aku...aku bukan kisah sangat...he h

kalau nak cerita barang yang aku dah jual...tak terkira lah....naik lupa dibuatnya.....sehinggakan pakaian dalam pun aku jual....jubah tudung,,,yang mahal yg murah...tapi yang jarang aku tak nak jual...syubahat..... barang2 ni selalunya org hantar kat rumah... masa aku jual2 ni aku naik motor je...kita orang tak de kereta...mana g naik motor..nak jalan2 naik bas...teksi...pernah gek balik kg naik lori.. he he tu lah sebab agaknya nisa anak sulung aku tu lasak dibuatnya... he he...lori tu adik ipar aku punya....kita org tumpang je... macam2 aku lalui selama tak de kereta...ke kadang teket habis teksi tak nak ambil tapi rezki tu ada je kekakadang ade gek kekawan yg sanggup hantar kita org...gitu juga adik beradik aku n suami mereka ni bermurah hati betul beri bantuan.

gaji kecil anak 4 org rumah nak sewa jadi..malas nak fikir kita org pun malas nak guna kereta...
seterusnya ...berniaga ni kalau aku dah bosan aku berhenti je...sehingga lah aku bertukar sek...aku stop buka perniagaan dan angan2 tu dah malas nak berniaga... cuti ....le aku dalam 2 ,3 tahun aku relax... best juga...tup2 kerajaan suruh pegawainya pakai batik.....bermulalah aku jual batik t'ganu...ni bini Ai...pulak yang jadi tokehnya....aku pun tak sangka jualan lagi byk kl bandingkan dengan jualan2 aku sebelum ni.......ramai org nak beli.....sehingga ni dah 4 tahun aku jual kain sutera..........tapi lately ni macam dah kurang sikit agaknya musim gawat kot atau aku ni dah mula malas..... he he... tak aku masih jual lagi sape hendak boleh je tel..........

k lah lain kali aku tulis lagi